Khamis, 23 Oktober 2008

~Tujuh Perkara Ganjil~


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."


" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
" Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.


Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"


Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."
" Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.


" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."


" Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.
" Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.


" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"
" Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.


" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."


Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

Selasa, 21 Oktober 2008

~Tips ingin Cantik dan Menarik~



Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.


Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.


Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.


Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.


Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.


Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".


Bedakilah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya diakhirat.


Di mana cantiknya seorang muslimah?Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap dihadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah..


Kedatangan Dajjal..!

::DAJJAL::

Diriwayatkan oleh Ahmad yang diterima dari Asma binti Yazid Al-Ansariah,berkata ;"Pada suatu hari Rasulullah datang ke rumahku.Beliau menceritakan masalah dajjal dengan sabdanya :"Tiga tahun menjelang kedatangan dajjal terjadi kekeringan.Pada tahun pertama menjelang kedatangan dajjal langit menahan sepertiga air hujannya dan bumi menahan sepertiga tumbuhannya.Pada tahun kedualangit menahan dua pertiga hujannya sedangkan bumi menahan dua pertiga tumbuhannya.pada tahun ketiga langit menahan semua hujannya dan bumi menahan kesemua tumbuhannya.Maksudnya sepanjang tahun tersebut tidak pernah turun hujan menyebabkan dunia kering kontang dan manusiadalam kelaparan,kehausan,banyak jenis penyakit dan berbagai malapetaka.
Ketika itu muncullah dajjal dengan ramai penyokongnya,banyak pengawalnya penuh kehebatan dan kelebihan.Semua ini adalah untuk menguji keimanan manusia. "Sesungguhnya diantara kehebatan dajjal itu,dia mendatangi orang arab dan berkata kepadanya:"kalau aku sanggup menghidupkan untamu yang sudah mati itu,apakah engkau percaya aku sebagai tuhanmu ?" Orang arab itu menjawab :" Tentu."Maka syaitan pun mengambarkan seolah-olah untanya hidup semula. Sabda Rasulullah lagi :" Kemudian dajjal itu mendatangi orang yang sudah mati ayahnya dan berkata kepadanya :"Kalau aku sanggup menghidupkan ayahmu yang sudah mati itu,apakah engkau mengaku aku sebgai tuhanmu ?" Orang arab itu menjawab :"Tentu." Maka syaitan pun datang menyerupai ayahnya.
Sambung Asma lagi : " Kemudian Rasulullah s.a.w pergi untuk satu urusannya.Sahabat-sahabat yang turut mendengar keterangan Rasulullah s.a.w nampak gelisah mendengar keterangan tentang dajjalitu.Kemudian Rasulullah datang lagi dan saya pun berkata kepadanya :" Ya Rasulullah,jantungku hampir saja tercabut mendengar cerita dajjal itu." Rasulullah bersabda :" Seandainya dajjal itu datang pada waktu aku masih hidup,maka Allah-lah yang aku harapkan untuk memelihara orang-orang mukmin." Mendengar yang demikian Asma berkata :" Ya Rasulullah,kami sudah tentu tidak sanggup menghadapi ujian seperti itu,bagaimana pula dengan orang-orang mukmin ketika itu nanti ?" Rasulullah menjawab :"Memadailah bagi mereka apa yang dilakukan oleh penduduk,yakni bertasbih dan mensucikan Allah." Dari Jabir bin Abdullah,katanya Rasulullah bersabda :" dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama.Pada zaman dajjal ada empat puluh hari,yang mana satu hari terasa bagaikan setahun,ada satu hari terasa bagaikan sebulan,ada satu hari terasabagaikan seminggu kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."
Ada sahabat yang bertanya :"Ya Rasulullah,tentang hari yang terasa satu tahun itu,apakah boleh kami solat lima waktu juga ?" Rasulullah menjawab :" Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu." Menurut riwayat dajjal itu nanti akan berkata :" Akulah tuhan sekelian alam,dan matahari ini berjalan dengan izinku.Apakah kamu bermaksud menahannya ?" Katanya sambil ditahannya matahari itu sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.
Setelah ditunjukkan kehebatannya menahan matahari itu,dia berkata kepada manusia :" Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan ?" Mereka semua menjawab :"Ya ,kami ingin."Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan. Menurut riwayat Muslim,Rasulullah bersabda :" Akan keluarlah dajjal kepada umatku dan dia akan hidup ditengah-tengah mereka selama empat puluh .Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari,empat puluh bulan atau empat puluh tahun.kemudian Allah mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh dajjal tersebut."

Isnin, 20 Oktober 2008

tergamam...

Lagi 2 paper je nak habis pekse..petang tu saya mesej la ngan k.dil..pas tu k.dil cam bese la..akan membawa watak sebagai penyampai berita,pelbagai jenis cerita..cerita baik la, buruk la, semua ada..tapi saya cam biase la..just tunggu cerita apa yang dia nak bagi tau..selalu nye cerita yang x de kaitan ngan saya..so..saya pon tanya dengan senang hati.."em..cte pe k.dil??k.dil ni ske bawak cte la..huhu"..tunggu punye tunggu,sampaila mesej die..time bukak mesej tu saya tersenyum..sebab duk tengah pikir,cte ape la yang k.dil nak bgtau..duk ngah baca mesej tu..saya jadi tergamam,"ari sabtu ritu skola ad wat mesyuarat..skola ni nanti da kne pindah,da tutup..skola skang ni da jdi kolej umariah..!ishk..!"btol ke k.dil ni..?".
Jadi untuk mendapatkan kepastian..automatik jari saya cari nama k.dil..pah tu terus call die..
abes je cakap ngan die..terus terbayang zaman kat sekolah dulu..
~time kene rotan ngan musyrifah sebab keluar p KB..adus..!sakit woo..
time g turun makan kat kantin, duk study reramai,
time tido atas 2 katil 4,5 orang,
time duk sembang sama-sama ngan diorang, main ngan diorang..
time malam before last SPM, bilik kitorang black out..papa Him tutup suis..;( (sebab bbudak ni bising sangat..)
banyak kenangan ngan sahabat-sahabat kat sekolah tu..sampai tak mampu untuk ditulis..
Maahad Darul Anuar..my lovely school..

~muslimah yang mukminah~

Pada suatu ketika seorang wanita muslimah meninggal dunia di Madinah. Lalu keluarganya mencarikan seorang wanita tukang memandikan mayat, tetapi ternyata wanita tersebut adalah seorang yang jahat ucapannya.
Sambil memandikan mayat itu wanita tersebut memaki-makinya dengan makian yang keji. Ucapnya, "Farji inilah yang banyak dipakainya untuk berzina!"
MasyaAllah , tiba-tiba kedua tangan wanita itu lekat ke tubuh si mayat. Ia berusaha melepaskan kedua tangannya, tetapi tidak berhasil. Sementara orang-orang yang berada di luar sudah mulai gelisah kerana lama sekali mayat itu dimandikan.
Setelah pihak keluarga mengusut akhirnya diketahui apa yang terjadi. Mereka segera mengirimkan orang untuk menanyakan hal itu kepada beberapa orang ulama di Madinah. Ada seorang ulama mengusulkan agar kedua tangan wanita itu dipotong dan ditanam bersama si mayat. Ada juga yang mengusulkan agar tubuh si mayat itu sahaja yang dipotong demi menyelamatkan wanita tukang memandikan mayat itu.
Ulama Madinah lain tidak boleh memecahkan masalah tersebut, apakah akan memotong kedua tangan juru mandi atau akan memotong sebahagian tubuh si mayat. Akhirnya, setelah menemui jalan buntu, mereka pergi kepada Imam Malik bin Anas Ra.
Setelah mendengar kisah ini Imam Malik Ra segera datang ke tempat kejadian. Lalu beliau minta diberi kesempatan mengusut juru mandi itu dari balik hijab. Ia bertanya kepada wanita itu (dari balik hijab), "Katakan terus terang , apa yang telah kau tuduhkan kepada si mayat ini?"
Wanita tukang memandikan mayit itu menjawab dengan sedih, "Aku telah menuduhnya berbuat zina ketika aku memandikannya!"
Setelah jelas duduk perkaranya, Imam Malik Ra berkata kepada anggota keluarga dan karib kerabat si mayat, "Wanita juru mandi ini telah melanggar hak si mayat. Ia telah melanggar hudud Allah Ta'ala, menuduh seorang wanita muslimah baik-baik melakukan zina tanpa bukti dan saksi sebanyak empat orang. Kerana itu kini ia harus menjalani hukuman 80 kali deraan. Sesudah hukuman itu dilaksanakan , Insya Allah kedua tangannya baru boleh terlepas dari tubuh si mayitah..."
Setelah hukuman itu dijalankan, barulah kedua tangan wanita itu boleh terlepas dengan sendirinya!